JENIS JENIS BENDERA
Terdapat pelbagai warna yang mewakili dan memberi maksud bagi setiap bendera yang terdapat di litar, antaranya ialah:
- Chequered flag
- Dikibarkan untuk memberi isyarat bahawa sesi perlumbaan telah tamat
- Red Flag
- Dikibarkan untuk menunjukkan bahawa perlumbaan diberhentikan kerana berlaku kemalangan dan keadaan litar yang tidak selamat
- Green flag
- Keadaan litar selamat dari bahaya dan pelumba boleh meneruskan perlumbaan
- Blue flag
- Bendera amaran yang dikibarkan kepada pemandu jika pemandu cuba menindih pemandu lain ketepi
- Black with orange circle flag
- Untuk memberitahu pemandu yang kereta tersebut mempunyai masalah mekanikal
- Black and white diagonal flag
- Dikibarkan jika keadaan berisiko berlaku. Bendera hitam pula akan dikibarkan jika pemandu tidak mengendahkan amaran
- Black flag
- Dikibarkan untuk memberitahu kepada pemandu untuk kembali ke paddock
- White flag
- Dikibarkan jika terdapat kenderaan yang bergerak perlahan di dalam litar
- Yellow and Red strip flag
- Tanda amaran kepada pemandu jika permukaan track licin
- Yellow flag
- Yellow flag bermaksud amaran bahaya dihadapan
- Single wave – amaran supaya pemandu memperlahankan kenderaan
- Two waved – amaran supaya pemandu memperlahankan kereta dan bersedia untuk berhenti jika perlu